MENU

 

PENUBUHAN JAWATANKUASA TRANSFORMATION TASK FORCE ( TTF ) CAMERON HIGHLANDS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat bercemarduli mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Transformation Task Force (TTF) Cameron Highlands Bilangan 1 Tahun 2023, di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, Majlis Daerah Cameron Highlands

Kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku selaku Penasihat Diraja Jawatankuasa Transformation Task Force (TTF) Cameron Highlands telah memaklumkan bahawa penubuhan jawatankuasa ini telah mendapat perkenan KebawahDuli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-PertuanAgong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga memaklumkan bahawa telah menitahkan pasukan perunding dari E.R.E Consulting untuk membuat kajian awal dan berharap dengan penubuhan jawatankuasa ini dapat mengembalikan semula kegemilangan daerah Cameron Highlands berdasarkan cadangan penambahbaikan yang dibincangkan serta gerakan seiring dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang DarulMakmur. 

 Jawatankuasa TTF Cameron Highlands dianggotai oleh seramai 26 ahli yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan daerah / negeri, wakil NGO, wakil masyarakat dan wakil perniagaan. Jawatan kuasa ini diterajui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri selaku Penasihat Diraja. Fokus utama jawatankuasa bagi memastikan objektif penubuhan tercapai adalah dar iaspek perhutanan, kelestarian pertanian, pengangkutan, pelancongan, pengurusan tanah dan sungai serta pemantauan penguatkuasaan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 9 Mei 2024 - 12:43pm