piagam_pelanggan_2018.pdf
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
-
Memastikan pengauditan ISO 9001 : 2008 dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
-
Memastikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ( MKSP ) dilaksanakan sekurang- kurangnya 1 kali setahun.
-
Memastikan Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2008 dilaksanakan 2 kali setahun.
-
Memastikan pengumpulan Indikator Star Rating dibuat 2 tahun sekali.
-
Memastikan Laporan Tahunan disediakan dan dikemaskini sebelum 30 Mac setiap tahun.
-
Memastikan semua pelanggan yang datang berurusan di MDCH diberi layanan dalam tempoh 5 minit.
-
Memastikan semua aduan pelanggan yang diterima maklumbalas dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan aduan (dalam waktu bekerja).
-
Memastikan maklumbalas kepada agensi-agensi seperti BPA dan SUK diberi mengikut tempoh yang ditetapkan.
-
Memastikan semua aduan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari (dalam waktu bekerja) bagi kes yang tidak melibatkan teknikal.
JABATAN LANDSKAP
-
Memastikan aduan diterima dan dibalas dalam tempoh 3 hari selepas aduan diberikan oleh pentadbiran Majlis Daerah Cameron Highlands.
-
Memastikan tempahan bunga dan hiasan disiapkan 1 hari sebelum penggunaan dan memenuhi kehendak pelanggan.
-
Memproses dan mengeluarkan keputusan pelan landskap yang lengkap diterima dari bahagian urusetia.
UNIT COB
-
Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
-
Memproses dan menghantar permohonan pinjaman perumahan kakitangan ke Jabatan Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 21 hari.
-
Mengeluarkan surat pengesahan perubatan kakitangan (Gurantee Letter) dalam tempoh 3 hari.
-
Mengedarkan surat-surat yang diterima ke jabatan-jabatan dalaman dalam tempoh 1 hari.
-
Urusan pencen kakitangan yang bersara wajib diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.
-
Memastikan pengurusan kematian untuk kakitangan dan keluarga diuruskan dalam tempoh 2 jam.