MENU

Dalam mencapai matlamat, MDCH melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  • Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan;

  • Merancang, melaksana serta mengawal selia pembangunan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands dan Dasar-Dasar Kerajaan yang lain;

  • Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan-jabatan lain serta pihak swasta untuk pembangunan pelbagai program seperti kemasyarakatan dan alam sekitar;

  • Mengawal selia aktiviti pengurusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn Bhd. (AFSB) dan pembersihan pusat bandar serta kawasan operasi;

  • Mengawal selia dan menguatkuasakan perkhidmatan kawalan makanan, premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands;

  • Memantau dan menyelaras kesejahteraan bandar;

  • Mempertingkatkan keindahan dan kebersihan kawasan MDCH disamping memelihara dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada;

  • Mewujudkan kemudahan-kemudahan awam yang berkualiti dan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang berkaitan bagi keselesaan penduduk setempat dan pelancongan;

  • Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan, dan dasar yang berkaitan; 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 11:05am