MENU

Majlis Daerah Cameron Highlands bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada masyarakat melalui usaha-usaha berikut :

  • Memastikan pembangunan yang rasional dan dinamik melalui kawalan perancangan dan pembangunan yang memelihara mutu alam sekitar;

  • Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan rekreasi untuk keselesaan pengunjung dan kesejahteraan hidup masyarakat;

  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sektor perumahan, perniagaan dan pelancongan sebagai penggerak pembangunan ke arah matlamat menjadikan Cameron Highlands sebagai kawasan peranginan tanah tinggi yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di Negeri Pahang dan Malaysia; dan

  • Mengeksploitasi pelbagai kurniaan alam semulajadi daripada sumber-sumber pelancongan yang sedia ada seperti bukit-bukau, hutan simpan, air terjun, sungai, tasik serta lain-lain warisan alam semulajadi dan budaya tempatan bagi menarik kedatangan pelancong.

 

1

2

1

2

 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 March 2024 - 10:04am