MENU

 

“PUBLIC ENGAGEMENT” LORONG BELAKANG KEDAI JALAN BESAR TANAH RATA BAGI OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR TAMBAHAN TANPA KELULUSAN

Sumber: Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 14 Mei 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengadakan satu sesi “Public Engagement” bersama pemilik-pemilik premis Jalan Besar Tanah Rata bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata bagi membincangkan isu operasi perobohan struktur tambahan tanpa kelulusan di lorong belakang kedai Jalan Besar, Tanah Rata pada petang tadi.

Sesi yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis MDCH, Encik Azizi bin Ahmad. Turut hadir bersama ialah beberapa orang Ahli Majlis MDCH yang lain, wakil daripada ADUN Tanah Rata, wakil-wakil daripada jabatan/agensi daerah Cameron Highlands, wakil daripada Unit Perancang IWK, Ipoh, ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH serta wakil-wakil jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada pemilik-pemilik premis di kawasan tersebut berkenaan langkah penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MDCH terhadap struktur tambahan yang dibina tanpa kelulusan. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta memberi ruang untuk perbincangan dua hala berkenaan isu-isu berkaitan pembangunan setempat.

Sesi libat urus ini juga turut menekankan kepentingan kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sesi libat urus ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama wakil-wakil jabatan/agensi bagi menjelaskan sebarang kekeliruan berkenaan prosedur permohonan dan penguatkuasaan berkaitan pembinaan struktur tambahan.

1

1

1

1

1

1

1

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 Mei 2025 - 11:53am