MENU

 

SESI PUBLIC ENGAGEMENT DI ANTARA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BERSAMA PEMILIK PREMIS JALAN TAMAN MATAHARI CERAH 1, KAMPUNG RAJA

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Teknologi Maklumat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 15 Mei 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengadakan satu sesi Public Engagement bersama para pemilik premis di Jalan Taman Matahari Cerah 1, Kampung Raja bagi membincangkan isu-isu setempat serta mendapatkan pandangan dan maklum balas secara terus daripada komuniti terlibat.

Sesi yang bermula pada pukul 3.00 petang itu telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis MDCH, Encik Azizi bin Ahmad dan turut dihadiri oleh beberapa orang Ahli Majlis yang lain, Pengerusi JKKKB Kampung Raja, Tok Empat Kampung Raja, wakil-wakil daripada jabatan/agensi daerah Cameron Highlands, ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH serta wakil-wakil daripada jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Kehadiran daripada pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen berterusan MDCH dalam memastikan ketelusan, kerjasama antara jabatan/agensi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat setempat.

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara MDCH dengan komuniti, selain menjadi platform dialog terbuka bagi meneliti keperluan dan cadangan berkaitan perancangan pembangunan, kemudahan awam serta isu-isu teknikal yang berkaitan kawasan tersebut.

Majlis Daerah Cameron Highlands komited untuk terus mengutamakan pendekatan inklusif dan berorientasikan rakyat dalam semua aspek pentadbiran dan pembangunan tempatan.

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 Mei 2025 - 11:53am