MENU

 


SEMUA KAWASAN EKOPELANCONGAN DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DI PAHANG DIBUKA

KUANTAN, 11 OKTOBER 2021: Semua kawasan ekopelancongan dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang dibuka kepada semua pengunjung mulai hari ini susulan pelaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan di Negeri Pahang.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Facebook, pembukaan semula ini melibatkan Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal.

Bagaimanapun, Taman Eko-Rimba Jeriau dan Taman Eko-Rimba Berembun di Daerah Raub masih ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun bagi aktiviti pendakian, pendaki diwajibkan untuk memohon permit dan mendapatkan perkhidmatan seorang Malim Gunung bagi setiap tujuh orang pendaki.

Justeru Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berharap pengunjung dapat mematuhi SOP pencegahan penularan wabak COVID-19 dan melengkapkan dua dos vaksin. – PAHANGMEDIA

Kemaskini Terakhir: Khamis, 29 September 2022 - 10:49am