MENU

 

Salam Maal Hijrah 1446H /2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta seluruh umat Islam yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Baginda S.A.W.

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini, bulan Muharram 1446H.

Semoga kesempatan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT dan memberi peluang untuk kita merenung kembali perjalanan hidup kita, serta memperbaharui niat dan tekad untuk menjadi hamba yang lebih taat dan bertakwa.

Hijrah adalah suatu peristiwa yang sangat bermakna dalam sejarah Islam, bukan sahaja sebagai perpindahan fizikal Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah, tetapi juga sebagai simbol perubahan dan pembaharuan diri.

Dalam konteks ini, marilah kita semua mengambil iktibar dari semangat hijrah dengan memperbaiki diri, meningkatkan kualiti kerja, dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berusaha untuk mencapai visi dan misi.

Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Akhir kata, semoga Maal Hijrah kali ini membawa perubahan positif dalam hidup kita, meningkatkan semangat persaudaraan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1446H

'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'

Ikhlas Daripada

Majlis Daerah Cameron Highlands

1

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#maalhijrah

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Julai 2024 - 3:14pm