MENU

 

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI KEDUA TAHUN 2025

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Unit Teknologi Maklumat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 15 Mei 2025 – Perhimpunan Pagi Majlis Daerah Cameron Highlands Kali Ke-2 bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh hampir kesemua kakitangan MDCH daripada semua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Allah Selamatkan Sultan Kami”, lagu rasmi MDCH, lagu Perkhidmatan Awam dan seterusnya diikuti bacaan doa serta bacaan ikrar integriti yang dipimpin oleh wakil daripada Unit Penguatkuasa MDCH. Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Mujid turut hadir ke perhimpunan tersebut dan telah menyampaikan amanat kepada semua warga kerja MDCH.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat. Beliau juga menyeru agar semua pegawai dan kakitangan MDCH terus meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada beberapa kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang suku pertama tahun ini. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha pihak MDCH untuk menghargai dan memberi motivasi kepada warga kerjanya.

Perhimpunan yang berakhir sekitar pukul 10.00 pagi tersebut bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dalam kalangan kakitangan MDCH, malah menjadi platform penting dalam menyampaikan dasar dan hala tuju MDCH kepada seluruh warga kerja.

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 Mei 2025 - 11:53am