MENU

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

rnorain@hmetro.com.my

 

KERAJAAN negeri mengumumkan tarikh 30 dan 31 Julai ini adalah sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lalu.

Katanya, pengumuman itu dibuat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

 

“Oleh kerana dua peristiwa berbeza jatuh pada hari sama, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan Hari Kelepasan Am pada kedua-dua hari berkenaan.

“Semoga rakyat Pahang dapat menghargainya dan menggunakan hari kelepasan am selama dua hari itu dengan sebaiknya,” katanya.

Pada 30 Mei lalu, kerajaan negeri mengumumkan 30 Julai sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah.

Ketetapan itu dibuat berdasarkan kuasa diberikan mengikut Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 11:37 PM

Kemaskini Terakhir: Ahad, 10 November 2019 - 9:56am