MENU

LAWATAN TURUN PADANG BAGI PROJEK PEMBANGUNAN DI TANAH RATA TAHUN 2024

1

1

1

1

1

CAMERON HIGHLANDS, 14 Jun 2024 - Bandar Baru Persiaran Camelia Tanah Rata dan Tapak Pasar Malam Tanah Rata telah dipilih sebagai lokasi program turun padang pada 14 Jun 2024(Jumaat) yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari bagi pelaksanaan projek di sekitar kawasan tersebut.

Turut serta bagi program tersebut ialah Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, Encik Elmi Ruzaidi bin Haji Redzuan, Ketua Jabatan Landskap, Encik Mohd Khairil Anuar bin Asmawi, Ketua Jabatan Perbendaharaan, Puan Siti Zaleha binti Ab. Ghani, Ketua Unit OSC, Puan Mas Juaini binti Mat Junit, Ketua Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Encik Muhammad Safwan Izzat Izzat bin Rosli, Ketua Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, Puan Amira Nadirah binti Mohamad Amran, Ketua Bahagian Kawalan Bangunan dan Warisan, Cik Romizah binti Mohd Rosli, Penolong Akauntan, Puan Wan Fazlina Saila binti Wan Shohaimi, Penolong Jurutera, Encik Mohd Hafiz bin Zulkifli, Encik Tanabalan a/l Arichunnan dan Encik Ahmad Syazuan bin Alias, Penolong Juruukur Bahan, Encik Mohamad Hafizan bin Ahamad serta Jurugambar, Encik Muhammad Asri bin Onthong.

Diharapkan projek ini dapat direalisasikan bagi memberi faedah yang baik dan kemudahan kepada penduduk setempat.

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Julai 2024 - 3:14pm