MENU

 

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN BADAN PENGURUSAN BERSTRATA TAHUN 2024 ANJURAN CAWANGAN OPERASI PENGURUSAN STRATA, BAHAGIAN PENGURUSAN STRATA, JABATAN PERUMAHAN NEGARA, (KPKT) DENGAN KERJASAMA COB MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 29 Jun 2024 - Bengkel yang diadakan bermula 29-30 Jun 2024 bertempat di Dewan Puncak Arabella Cameron Highlands merupakan inisiatif Cawangan Operasi Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, KPKT dengan kerjasama Unit COB Majlis Daerah Cameron Highlands yang melibatkan seramai 62 peserta dari 51 COB PBT Semenanjung Malaysia termasuk seorang wakil dari Malaysia Institute of Property & Facility Managers (MIPFM).

Bengkel yang diadakan ini menfokuskan berkaitan pengurusan kewangan dan akaun badan pengurusan bangunan berstrata di skim pemajuan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan dengan lebih jelas kepada pegawai dan kakitangan Unit COB PBT melalui perkongsian idea,pengalaman dan kerjasama antara peserta-peserta khususnya dalam membangunkan garis panduan berkaitan pengurusan kewangan dan akaun pihak pengurusan bangunan berstrata.

1

1

1

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#cob

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Julai 2024 - 3:14pm