MENU
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID AN-NUR, RINGLET
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 17 Disember 2025 – Satu program gotong-royong telah berjaya dilaksanakan di Masjid An-Nur, Ringlet anjuran Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH). Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan komuniti setempat di samping memastikan kebersihan serta keceriaan rumah ibadah terus terpelihara.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) turut serta mengambil bahagian secara aktif dalam program tersebut bersama beberapa agensi kerajaan lain iaitu Bomba Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Alam Flora Sdn. Bhd. Kerjasama pelbagai agensi ini jelas mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha menjaga kebersihan dan kesejahteraan persekitaran awam.
 
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dalam dan luar masjid, mencuci peralatan, menyelenggara persekitaran serta mengemas kawasan landskap sekitar masjid. Program ini turut mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta yang hadir dengan semangat muafakat dan sukarela.
 
Penganjuran program gotong-royong ini diharapkan dapat menyemai kesedaran berterusan dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan selain mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara agensi kerajaan demi kesejahteraan komuniti Cameron Highlands.
 

pgrdm

pgrdm

pgrdm

pgrdm

pgrdm

Kemaskini Terakhir: Isnin, 22 Disember 2025 - 8:13am