MENU
HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DI PADANG AWAM TANAH RATA
Berita oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
TANAH RATA, 11 Oktober 2025 – Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Cameron Highlands yang diadakan serentak di seluruh Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa yang telah bersama-sama warga Cameron Highlands bagi memeriahkan acara berteraskan kesihatan dan perpaduan ini.
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat ini berjaya menarik penyertaan ramai penduduk tempatan yang hadir untuk menyertai aktiviti riadah, senamrobik, sukaneka dan pelbagai acara menarik lain.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Hari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan tetapi lambang semangat perpaduan, gaya hidup sihat, dan budaya aktif rakyat Malaysia.
Majlis Daerah Cameron Highlands sentiasa menyokong pembangunan sukan sebagai sebahagian daripada Aspirasi Pahang 1st selaras dengan hasrat melahirkan rakyat yang sihat, berdisiplin, bersemangat juang serta negeri yang terus maju dan makmur.
Semoga semangat Hari Sukan Negara terus disemai dalam kalangan masyarakat Cameron Highlands untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian yang bukan sahaja demi kesihatan tetapi juga demi memperkukuh perpaduan dan kekuatan masyarakat Pahang.
 

hsn

hsn

hsn

hsn

hsn

Kemaskini Terakhir: Selasa, 14 Oktober 2025 - 12:48pm