AMARAN PENIPUAN SMS SAMAN PARKIR ELEKTRONIK.
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH) melalui Unit Tempat Letak Kereta MDCH ingin mengingatkan orang awam supaya berwaspada terhadap penyebaran SMS berkaitan saman parkir elektronik yang dipercayai merupakan cubaan penipuan (scam).
Orang awam dinasihatkan supaya:
- Tidak mempercayai atau membalas SMS yang mencurigakan.
- Tidak menekan atau mengakses sebarang pautan (link) yang disertakan dalam SMS mencurigakan.
- Tidak mendedahkan maklumat peribadi, perbankan atau nombor kad kepada pihak yang tidak dikenali.
- Membuat semakan saman hanya melalui saluran rasmi, iaitu:
Emel:
- utlk_mdch@mdcameron.gov.my
Aplikasi PahangGO:
Android (Google Play):
Muat Turun PahangGO – Android
iOS (App Store):
Muat Turun PahangGO – iOS
JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Sentiasa semak kesahihan sesuatu maklumat melalui saluran rasmi sebelum membuat sebarang bayaran atau mengambil sebarang tindakan.
Bijak Menilai, Cegah Penipuan.
Mohon kerjasama orang ramai untuk menyebarluaskan peringatan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti agar lebih ramai dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat




