TAHUKAH ANDA? | PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR (PBPR) KPKT
Rumah yang masih boleh didiami tetapi mengalami kerosakan boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan baik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PBPR) KPKT, tertakluk kepada syarat kelayakan dan penilaian yang ditetapkan.
BANTUAN PBPR MELIPUTI:
- Komponen asas rumah
- Kemudahan elektrik dan perpaipan
- Ruang kediaman yang memerlukan pembaikan
Program ini bertujuan membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat, selesa dan berkualiti, khususnya bagi rumah yang memerlukan kerja-kerja pembaikan.
CARA PERMOHONAN:
- Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.
- Kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- PBT akan menjalankan semakan dan penilaian sebelum permohonan dikemukakan kepada KPKT untuk pertimbangan lanjut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat kelayakan, orang awam disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.
Kediaman yang lebih selesa, kesejahteraan yang lebih bermakna.




