PEMBUKAAN PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2027 / 1448H
PELUANG PERNIAGAAN SEMPENA RAMADAN 2027!

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mempelawa warga Cameron Highlands yang berminat untuk mengemukakan permohonan tapak perniagaan sempena penganjuran Bazar Ramadan Cameron Highlands Tahun 2027 / 1448H.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Kaunter Bahagian Pelesenan MDCH berdasarkan ketetapan berikut:
TARIKH PERMOHONAN :
16 November 2026 (Isnin) hingga 19 November 2026 (Khamis).
MASA :
10.00 pagi hingga 4.30 petang.
TEMPAT
Kaunter Bahagian Pelesenan,
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
1. SYARAT UTAMA PERMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai kad pengenalan yang sah. Satu kad pengenalan hanya dibenarkan untuk satu permohonan tapak.
2. Mengemukakan salinan pendaftaran syarikat yang sah (SSM).
3. Mengemukakan salinan kad suntikan Typhoid yang masih dalam tempoh sah.
4. Mengemukakan salinan sijil kursus pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
1. Salinan kad pengenalan pemohon.
2. Salinan kad pengenalan pasangan bagi pemohon yang berstatus berkahwin.
3. Dua (2) keping gambar berukuran pasport.
4. Surat kebenaran menjalankan perniagaan daripada jabatan berkaitan (jika terlibat).
3. JENIS JUALAN DAN ETIKA PERNIAGAAN
Semua pemohon dan peniaga yang terpilih hendaklah mematuhi ketetapan serta etika perniagaan sepanjang tempoh pengoperasian Bazar Ramadan seperti berikut:
1. Pengisytiharan Jenis Jualan
Pemohon perlu menyatakan dengan jelas jenis makanan atau barangan yang akan dijual bagi memudahkan pihak MDCH menyusun dan menentukan penempatan tapak perniagaan.
2. Larangan Penggunaan Bahan Sekali Guna
Penggunaan beg plastik, polistirena (polisterin), straw sekali guna dan dawai kokot adalah dilarang.
3. Kawalan Kebersihan Makanan
Peniaga yang menjual makanan terhidang diwajibkan menggunakan alat penghalau lalat mekanikal seperti kipas penghalau lalat bagi memastikan makanan sentiasa terlindung daripada gangguan lalat.
4. Pemakaian Penutup Mulut
Peniaga diwajibkan memakai penutup mulut sepanjang tempoh pengoperasian Bazar Ramadan.
5. Kebersihan dan Keselamatan Tapak
Peniaga yang menjalankan aktiviti memasak, menggoreng dan membakar diwajibkan menyediakan alas di kawasan tapak jualan bagi menjaga kebersihan permukaan tapak.
6. Pembatalan Permit Perniagaan
Permit perniagaan boleh dibatalkan sekiranya peniaga didapati tidak menjalankan perniagaan selama lima (5) hari berturut-turut. Tapak berkenaan boleh ditawarkan kepada pemohon yang disenaraikan sebagai calon simpanan.
7. Pematuhan Arahan MDCH
Peniaga hendaklah mematuhi segala arahan, peraturan dan notis yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands.
8. Paparan Tanda Harga
Peniaga diwajibkan mempamerkan tanda harga yang jelas bagi setiap jenis makanan atau barangan yang dijual untuk makluman pelanggan.
9. Pematuhan Undang-Undang
Peniaga hendaklah mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan.
10. Penglibatan Warganegara Asing
Aktiviti perniagaan tidak boleh dijalankan sepenuhnya oleh warganegara asing.
4. PERINGATAN KEPADA PEMOHON
- Hanya permohonan yang lengkap akan diterima oleh Bahagian Pelesenan MDCH.
- Pemilihan peserta adalah melalui sesi temuduga.
- Pasangan yang berstatus berkahwin dinasihatkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan tapak sahaja.
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan disediakan dengan lengkap sebelum permohonan dikemukakan.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
19 NOVEMBER 2026 (KHAMIS)
JAM 4.30 PETANG
Sebarang permohonan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima.
SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pelesenan
Majlis Daerah Cameron Highlands
(05-491 1455)
Ayuh rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada Bazar Ramadan Cameron Highlands 2027. Pastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat dan ketetapan yang telah digariskan.
Bersama-sama kita jayakan Bazar Ramadan yang bersih, teratur, selamat dan mampan.
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Perkhidmatan Berkualiti, Komuniti Sejahtera.





