
HEBAHAN KAJIAN LALULINTAS
CADANGAN PERCUBAAN BAGI PERUBAHAN SIRKULASI JALAN DI KG TAMAN SEDIA.
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) sedang menjalankan Kajian Lalulintas bagi Cadangan Perubahan Sirkulasi Jalan di Kg Taman Sedia sebagai usaha meningkatkan kelancaran aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Tempoh Percubaan:
28.8.2026 hingga 28.10.2026
Sepanjang tempoh percubaan ini, semua pengguna jalan raya dimohon untuk:
1. Mematuhi arahan lalu lintas yang ditetapkan
2. Mengikuti papan tanda sementara yang disediakan
3. Memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak
MDCH amat mengalu-alukan pandangan dan maklum balas daripada penduduk setempat serta pengguna jalan raya bagi menilai keberkesanan cadangan ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
En. Elmi Ruzaidi (05-4911455)
Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai.



