KDPB SULTAN PAHANG BERKENAN BERANGKAT KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei 2026 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke daerah ini sempena lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini.
Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 12.00 tengahari bertempat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah. Bacaan doa selamat tiba diketuai oleh Al Fadil Kadi Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Mohd. Khalil bin Mohd Zari Al Hafiz.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor dan para kepimpinan setempat.
Selama lawatan kerja dua hari ini, Paduka Baginda akan berangkat melawat Agropark, Program Dutch Trade Mission to Malaysia, Seminar Sustainable Horticulture In Cameron Highlands - Misi Perdagangan Belanda anjuran Kedutaan Belanda dan beberapa program lain.







