MENU

 

Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH

Cameron Highlands, 14 April 2026 (Selasa) - Satu taklimat dan sesi perkongsian ilmu berkaitan garis panduan dan piawaian perancangan pembangunan perniagaan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Kelab Golf Sultan Ahmad Shah (KGSAS), Tanah Rata pada hari ini kepada rombongan pelajar semester 1, Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.

Rombongan terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 30 orang pelajar di mana mereka telahpun menjalani kajian tapak serta kajiselidik terhadap para peniaga dan pelancong di kawasan Kea Farm selama 2 hari. Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) iaitu Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Mubin.

Secara umumnya, taklimat dimulakan dengan penerangan mengenai isu-isu dan cabaran perancangan pembangunan di kawasan tanah tinggi yang juga merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Seterusnya penerangan disambung dengan tatakelola dan mekanisme-mekanisme kawalan yang terdapat di dalam amalan perancangan bandar serta bidang kejuruteraan awam dan struktur dengan penekanan aspek keselamatan pembangunan di kawasan tanah tinggi.

MDCH merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan pelajar daripada POLIMAS kerana telah sudi memilih Cameron Highlands sebagai destinasi kajian akademik.

Semoga taklimat dan perkongsian ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada semua pelajar tersebut dan MDCH mendoakan agar mereka berjaya cemerlang di dalam pengajian mereka.

poli

poli

poli

poli

poli

poli

poli

 

poli

poli

poli