MENU

MAKLUMAN: TUNTUTAN SEMULA BAYARAN LEBIHAN SEWAAN PENYEWA TIDAK AKTIF MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Dimaklumkan bahawa hasil semakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mendapati terdapat beberapa penama yang mempunyai lebihan bayaran sewaan yang masih belum dituntut.

Sehubungan itu, penama-penama yang terlibat dimohon untuk membuat tuntutan dengan mengisi borang tuntutan bayaran lebihan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH serta mengemukakan dokumen berkaitan.

Sekiranya penama telah meninggal dunia, waris atau ahli keluarga boleh membuat tuntutan dengan mengemukakan:

  • Borang tuntutan lengkap
  • Salinan sijil kematian
  • Dokumen berkaitan yang diperlukan

Tempoh akhir tuntutan adalah dalam masa 3 bulan dari tarikh hebahan ini.

Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, wang lebihan berkenaan akan diserahkan kepada Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
05-491 1455
(Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH)

 

 

 

tsbls