TAKLIMAT RINGKAS BERKAITAN PENGAUDITAN FI KELESTARIAN NEGERI PAHANG
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Audit Dalam, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 9 Februari 2026 – Satu taklimat ringkas berkaitan Pengauditan Fi Kelestarian Negeri Pahang telah diadakan bertempat di Bilik Bacaan, Pejabat Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) pada hari ini.
Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid dan turut dihadiri oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan awal serta penyelarasan berkaitan pelaksanaan proses pengauditan bagi memastikan aspek tadbir urus kewangan dan kelestarian dilaksanakan secara telus, berkesan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Antara jabatan dalaman MDCH yang terlibat dalam Audit Fi Kelestarian Negeri Pahang ini termasuk Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran serta Unit Penguatkuasaan MDCH.
Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh pasukan auditor daripada Jabatan Audit Negara yang terdiri daripada Penolong Pengarah Audit, Puan Rosmah a/p Chu Sang @ Yong Ken Lam serta para juruaudit iaitu Puan Nurul Hafizah binti Nasruddin, Puan Zaliha binti Jamni dan Puan Siti Rahatul Ain binti Hashim.
MDCH komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses pengauditan ini sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh tadbir urus, integriti kewangan dan kelestarian pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.








