MENU
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MARA NEGERI PAHANG KE MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 28 Januari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi MARA Negeri Pahang yang diketuai oleh Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Sofian bin Haji Mustaffa yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH pada hari ini.
 
Delegasi MARA Negeri Pahang telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid yang turut diiringi oleh Setiausaha MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa bersama pegawai serta kakitangan MDCH.
 
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara MARA Negeri Pahang dan Majlis Daerah Cameron Highlands khususnya dalam aspek pembangunan usahawan, pendidikan, latihan kemahiran serta peluang kerjasama yang berpotensi untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat di daerah Cameron Highlands.
 
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai isu dan cadangan berkaitan pembangunan sosioekonomi khususnya melibatkan komuniti setempat, belia dan usahawan di Cameron Highlands. Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada potensi sinergi program antara MARA dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi MARA Negeri Pahang atas kunjungan hormat ini. Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Cameron Highlands secara keseluruhannya.
 

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm

khdm