MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2026
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Teknologi Maklumat, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 26 Januari 2026 – Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) Kali Pertama Tahun 2026 telah berjaya bersidang pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, Majlis Daerah Cameron Highlands.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid dan turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis serta ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pentadbiran, perancangan serta hala tuju pembangunan daerah Cameron Highlands bagi tahun 2026. Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama dan penyelarasan antara semua jabatan/bahagian/unit dalaman dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berintegriti.
Dalam ucapan beliau, Tuan Yang Dipertua menegaskan komitmen MDCH untuk terus meningkatkan kecekapan pengurusan, memantapkan tadbir urus serta memberi tumpuan kepada kesejahteraan penduduk dan pembangunan mampan di Cameron Highlands.
Mesyuarat ini mencerminkan kesungguhan MDCH dalam memastikan setiap perancangan dan keputusan yang dibuat selaras dengan aspirasi kerajaan tempatan serta keperluan komuniti setempat.








