MENU

NOTIS TAWARAN CADANGAN PEMBANGUNAN BANGUNAN MILIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS PAHANG DARUL MAKMUR SECARA USAHASAMA.

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mempelawa syarikat-syarikat yang berkemampuan dan berminat untuk mengemukakan cadangan bagi pembangunan bangunan milik MDCH secara usahasama.

Butiran Cadangan Pembangunan:

Mukim: Tanah Rata

Keluasan: ±465 meter persegi

Lokasi: Tingkat 1, Bangunan Terminal Inn, Brinchang

Konsep Pembangunan: Perhotelan dan Landskap

Skop cadangan hendaklah meliputi:

1. Perhotelan;

2. Taman landskap; dan

3. Lain-lain cadangan yang menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.

PENTING: Pihak MDCH hanya menawarkan bangunan berdasarkan keadaan sedia ada “AS IS, WHERE IS BASIS”, iaitu tanpa sebarang pengubahsuaian terhadap bangunan tersebut.

Keutamaan akan diberikan kepada pihak syarikat yang menawarkan pulangan tertinggi kepada Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kertas cadangan hendaklah mengandungi antaranya:

Profil syarikat

Kedudukan kewangan individu/syarikat

Pengalaman syarikat dalam bidang berkaitan

Cadangan penyewaan

Cadangan pulangan kepada MDCH

Lain-lain perkara yang berkaitan

Penghantaran Kertas Cadangan:

Kertas cadangan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Pelaburan,

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,

Majlis Daerah Cameron Highlands, Pahang.

Tarikh tutup tawaran:

23 Oktober 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari

Pihak MDCH tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan yang dikemukakan.

Untuk maklumat dan syarat-syarat lanjut, sila rujuk notis tawaran rasmi yang dilampirkan.

832531789_122136201723235107_3207051990173192624_n.jpg
837633914_122136201801235107_8596983736125554522_n.jpg
833925449_122136201735235107_3122095535112347459_n.jpg
836727368_122136201879235107_8568769137921464509_n.jpg
833853566_122136201861235107_7108119177338233255_n.jpg
836760623_122136201843235107_3088305880742390808_n.jpg
838716743_122136201813235107_3528839424874457472_n.jpg