MENU
SIARAN TERTUNDA : LAWATAN RUKUN TETANGGA PROGRESIF CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2025.
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 19 Disember 2025 - Satu sesi lawatan rasmi oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zulkifli bin Hashim ke Kabin Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) di Perumahan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.
 
Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meninjau dan menilai sendiri keperluan menaiktaraf bangunan kabin sedia ada bagi tujuan aktiviti komuniti dan kemasyarakatan di bawah Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Cameron Highlands umumnya dan KRT Perumahan Puncak Arabella khususnya.
 
Beliau juga turut melawat dan menyantuni sebahagian penduduk Perumahan Puncak Arabella yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Puncak Arabella kerana terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 28 November 2025 yang lalu.
 
Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Bandar Selamat dan Kejiranan Hijau, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), En Wan Shohaimi bin Wan Ismail termasuk ahli-ahli majlis MDCH yang lain yang juga merupakan ahli-ahli KRT Perumahan Puncak Arabella iaitu Tuan Haji Razelan bin Razali dan Tuan Haji Sabri bin Saad.
 
MDCH telah memainkan peranan aktif di dalam membantu usaha berkaitan program komuniti bagi KRT Perumahan Puncak Arabella dan merakamkan ucapan terima kasih kepada JPNINM Daerah Cameron Highlands kerana sentiasa menjalinkan kolaborasi serta kerjasama erat di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 
 

lrt

lrt

lrt

lrt

lrt