MENU
PROGRAM PLOGGING BERSAMA AREA OFFICER TANAH RATA
 
CAMERON HIGHLANDS, 23 Disember 2025 –
Ahli Majlis, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) yang juga merupakan Area Officer Tanah Rata telah menganjurkan satu program plogging sebagai inisiatif berterusan ke arah mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, sihat dan lestari.
 
Program ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) antaranya MDCH, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Masjid Abu Bakar, SWCorp, AFSB, KRT Puncak Arabella, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Belia.
 
Aktiviti plogging yang menggabungkan aktiviti riadah dan pengumpulan sampah ini telah dijalankan di sekitar kawasan Tanah Rata dengan penglibatan aktif sukarelawan serta komuniti setempat.
 
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar Cameron Highlands agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa, memberi kesedaran awam kepada pengunjung khususnya pelancong supaya sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata dan meningkatkan kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan, NGO serta persatuan komuniti dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar selaras dengan aspirasi Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan yang bersih dan indah.
 

ppbaotr

ppbaotr

ppbaotr

ppbaotr

ppbaotr