MENU
NOTIS PEMAKLUMAN BERKENAAN
 
LARANGAN AKTIVITI PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE SERTA PRODUK LAIN YANG BERKAITAN DI SEKITAR CAMERON HIGHLANDS
 
Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti penjualan rokok elektronik dan vape serta produk lain yang berkaitan adalah dilarang sepenuhnya bermula 1 Januari 2026 di sekitar daerah Cameron Highlands.
Sehubungan itu, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menetapkan tindakan berikut akan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi:
 
  1. Semua lesen premis perniagaan sedia ada yang melibatkan aktiviti penjualan rokok elektronik dan vape serta produk berkaitan termasuk peranti, perisa, cecair vape dan seumpamanya akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025 dan tidak akan diperbaharui.
     
  2. Tiada lesen baharu akan dikeluarkan bagi sebarang aktiviti penjualan rokok elektronik, vape dan produk berkaitan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
     
  3. Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil oleh pihak MDCH ke atas mana-mana premis yang masih menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik, vape dan produk berkaitan bermula 1 Januari 2026, termasuk kompaun, sitaan dan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pihak premis adalah dikehendaki mematuhi notis ini sepenuhnya. Sebarang kegagalan mematuhi arahan ini akan diambil tindakan tanpa notis lanjut.

 

dv

dv