MENU

 

OPERASI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh : Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 15 Mei 2025 - Satu operasi pemantauan telah dijalankan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands yang melibatkan Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam bersama Bahagian Kawalan Bangunan dan Warisan serta Unit Penguatkuasa di sekitar kawasan Kampung Raja. Operasi itu dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan pembinaan dan kerja-kerja tanah oleh pemilik dan kontraktor di kawasan berkenaan.

Sepanjang operasi dijalankan, beberapa aspek utama telah dipantau termasuk semakan semula terhadap kerja-kerja pembinaan bangunan tanpa kelulusan serta kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa kelulusan sah.

Berdasarkan pemeriksaan terhadap kerja-kerja tanah di lot H.S (D) 5041 PT3814 bersebelahan Metro Garden Sdn Bhd, Kampung Raja telah mendapati terdapat kesalahan yang melibatkan pelaksanaan kerja tanpa mendirikan papan dendeng seperti yang dikehendaki. Berikutan daripada itu, satu kompaun bernilai RM500.00 telah dikeluarkan kepada Encik Tan Koi Seng atas kesalahan Seksyen 82.

Pemeriksaan pada lokasi yang sama juga mendapati kerja tanah dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan satu kompaun bernilai RM5000.00 turut dikenakan ke atas Encik Tan Koi Seng di bawah Seksyen 70A(1).

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MDCH dalam memastikan pembangunan di daerah ini dilakukan secara sah dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan. Pihak MDCH menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap syarat dan garis panduan pembinaan serta pengurusan tanah.

1

1

1

1

1

1

1

1

1