Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti yang diiklankan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan BSM.04.01/00 yang boleh diperoleh secara percuma melalui Portal Rasmi MDCH atau dengan hadir sendiri ke Pejabat Majlis Daerah Cameron Highlands.
Muat turun borang permohonan di sini:
Perhatian kepada pemohon:
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak.
- Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Tarikh Buka Permohonan: 2 Februari 2026
Tarikh Tutup Permohonan: 16 Februari 2026
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
NO, 1 JALAN MAJLIS
39000 TANAH RATA
CAMERON HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p: Jabatan Khidmat Pengurusan / Bahagian Sumber Manusia)
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja MDCH dalam menyumbang kepada pembangunan dan perkhidmatan terbaik untuk komuniti Cameron Highlands.







































