MENU
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TRANSFORMATION TASK FORCE CAMERON HIGHLANDS (TTFCH) BILANGAN 1 TAHUN 2026
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Khidmat Pengurusan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 5 Februari 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Transformation Task Force Cameron Highlands (TTFCH) Bilangan 1 Tahun 2026 bermula pukul 9.00 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid.
 
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tahun 2025 oleh setiap kumpulan kerja yang telah ditetapkan di bawah inisiatif Transformation Task Force Cameron Highlands. Pembentangan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan pelaksanaan program, projek serta inisiatif transformasi yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun lalu.
 
Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform perbincangan berhubung cabaran, penambahbaikan serta hala tuju strategik bagi memperkukuh pelaksanaan agenda transformasi di Cameron Highlands agar selari dengan objektif pembangunan mampan, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
 
MDCH komited untuk terus memperkasa tadbir urus organisasi melalui pendekatan transformasi yang berfokuskan pencapaian prestasi, inovasi dan kerjasama strategik antara semua kumpulan kerja yang terlibat demi pembangunan Cameron Highlands yang lebih terancang, mampan dan berdaya saing.

mjttf

mjttf

mjttf

mjttf

mjttf

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Februari 2026 - 2:46pm