Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Majlis Daerah Cameron Highlands ingin mengingatkan semua pemilik harta bahawa Bil Cukai Taksiran tidak lagi dihantar kepada pemilik harta.
Sehubungan itu, semua pemilik harta adalah bertanggungjawab untuk menyemak status bil serta menjelaskan bayaran Cukai Taksiran sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Semakan bil Cukai Taksiran boleh dilakukan melalui:
E-mel : taksiranmdch@gmail.com
Telefon Bahagian Cukai Taksiran : 05-491 1455
Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan denda lewat bayar dikenakan mengikut peruntukan Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Semak bil Cukai Taksiran anda.
Jelaskan bayaran sebelum tarikh akhir.
Elakkan dikenakan denda lewat bayar.
Majlis Daerah Cameron Highlands amat menghargai kerjasama semua pemilik harta dalam memastikan bayaran Cukai Taksiran dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bayar Awal. Semak Awal. Elak Denda.








