MENU
MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN KUALITI PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 4 Februari 2026 - Satu Mesyuarat Penambahbaikan Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Daerah Cameron Highlands telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).
 
Mesyuarat ini telah melibatkan kerjasama strategik antara MDCH, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Pahang serta wakil-wakil syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang beroperasi di daerah Cameron Highlands.
 
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di sekitar Cameron Highlands termasuk kawasan tumpuan pelancong, penempatan penduduk serta kawasan pedalaman. Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform untuk mengenal pasti cabaran semasa, keperluan penambahbaikan infrastruktur serta cadangan penyelesaian yang lebih berkesan dan mampan.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah status liputan rangkaian sedia ada, perancangan pembinaan atau naik taraf menara telekomunikasi, keperluan teknikal serta kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan, MCMC dan syarikat telco bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil, berkualiti dan menyeluruh dapat disediakan kepada penduduk setempat serta pengunjung.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan MCMC Negeri Pahang dan syarikat-syarikat telco dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di daerah ini selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan teknologi digital.
 
Diharapkan hasil perbincangan dan tindakan susulan daripada mesyuarat ini akan memberi manfaat kepada kesejahteraan komuniti, menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan serta memperkukuh imej Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan dan kawasan kediaman yang berdaya saing.
 

mpkpt

mpkpt

mpkpt

mpkpt

mpkpt

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 6 Februari 2026 - 8:58am