| Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands |
| Gunung Brinchang Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam. |
| Ladang Strawberi |
| Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh. |
| | Tokong Sam Poh Besar, direka dengan penuh hiasan tokong Buddha dibina megah di atas bukit pandangan panoramanya berlatarkan bandar Brinchang. Boleh sampai ke sini dengan mengambil simpang kiri pertama semasa meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km. |

| Ladang Teh Sungai Palas Panoramik indah ladang teh yang di buka kepada pelawat untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort. |
  | Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan. |
 | Butterfly Farm Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang. Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal. |
| Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands |

| Ladang Sayur-sayuran Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang. |

| Air Terjun(Robinson) Walk Lorong 9 19A Tanah Rata .Bermula dari taman Persiaran Dayang Endah dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan. Dengan melintasi satu jambatan kecil pada sebelah kiri anda untuk memulakan perjalanan. |

| Padang Golf Padang golf 18 lubang ini memberi keselesaan kepada pelawat-pelawat untuk bermain tanpa bahang dan kelembapan paras laut. Padang ini cukup mencabar dengan green yang rumit dan pemukaan yang beralun-alun. Paling sesuai bermain pada awal waktu pagi kerana hujan lebat pada waktu tengahari adalah perkara lumrah. |

| Ye Olde Smoke House Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik |
  | Bharat Tea Ladang Teh Bharat Ringlet Jalan Tanah Rata Pemandangan ladang teh yang hebat dilihat dari Kedai Teh dan Cenderamata yang terletakkan sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama.Tanah Rata |

| Jungle Walks Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang. Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu. |

| The Lake House Rumah Tasik Habu dekat Ringlet Lakehouse Habu dekat Ringlet Keindahan Hotel Mock Tudor telah siap dibina pada tahun 1972. Perabot dalaman yang bertema kedesaan rumah Inggeris. Dipersembahkan dengan begitu cantik serta seronok untuk dilawati. |
| EE Feng Gu Farm |
Gunung Irau | |
Arked Peladang | |